Thursday, July 2, 2009

KURSUS AUTOCAD

Dah 3 hari aku kursus autocad...akhirnya aku dpt mengkhatamkan kursus ku..pening2..aku tak tau macamaner namaku boleh masuk dlm senarai..sedgkan ku takder kaitan lgsung dgn autocad..mengikut kata kak hazlin(penyelaras kursus jabatanku), ku punyer kursus belum cukup 7 hari,sbb tula ku dpt. Berbalik pd autocad ni, ku sungguh pening. Iyerla, !st time jumpe..mungkin juga otakku dah lamer tak menerima ilmu baru, menyebabkan ku rasa mcm tak boleh masuk. Kak sad semangat sekali gitu, dgn idea2nya yg ingin mencuba mcm2..ku rasa mcm otakku dah freeze, maklumlah ku pun pose hari ni. Cm tak larat sgt.Lepas cikgu tu ajar, rasa ok..then nak buat balik dah tak ok...Ku dulu penah gak belajar lukisan kejuruteraan, tp mmg ku tak teror. Sbb tu ku tak pilih engineering sebabgai bidang utk ku berkecimpung semasa di U dulu. Ku amik course Food Tech sbb ku suka makan. Oklah..lepas ni cukuplah kursus ku 7 hari...sijil autocad 3d pun dpt w'pun ku hanya dpt 10% je drpd pelajaranku....

Friday, June 26, 2009

tuala wanita peyebab kanser










Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLIUTUSAN MALAYSIA, 16 JUN 2009, SELASASETIAP tahun hampir 143,000 nyawa wanita diragut daripada keluarga tersayang, meninggalkan anak-anak dan suami yang masih memerlukan belaian kasih sayang seorang ibu dan isteri, hanya gara-gara kanser serviks. Dalam konteks dunia, sekurang-kurangnya 270,000 kematian ekoran kanser ini dilaporkan setahun dengan sekitar 80 peratus daripadanya berlaku di negara-negara membangun di mana hanya 41 peratus daripada wanita berpeluang mendapatkan rawatan seandainya mereka ingin terus hidup. Namun begitu, realiti yang menyedihkan ini bagaimanapun tidak bermakna kita terpaksa akur kepada takdir semata-mata. Tetapi, beberapa faktor risiko yang akan meletakkan wanita kepada bahana kanser serviks sepatutnya dijadikan panduan. Kanser serviks yang menjejaskan bahagian bawah uterus telah dikenal pasti berpunca daripada beberapa jenis virus yang dikenali sebagai virus human papilloma (HPV). Meskipun pada awalnya penyakit ini tidak menunjukkan sebarang simptom, tetapi apabila petanda-petanda seperti pendarahan dari faraj dan kesakitan pada bahagian pelviks mulai dirasai, maka tibalah waktunya anda perlu mengambil langkah segera bagi mencegahnya daripada melarat menjadi kanser. Salah satu penyebab kepada kanser ini ialah kegagalan wanita untuk menjaga kebersihan di bahagian serviks dan vagina ketika datang haid atau menjalani kehidupan seharian.Ini kerana risiko wanita yang berumur dijangkiti penyakit vagina dan seterusnya kanser serviks adalah setinggi 83 peratus. Manakala sebanyak 62 peratus daripadanya adalah disebabkan oleh penggunaan tuala wanita berkualiti rendah. Justeru itu, wanita harus berhati-hati dalam memilih jenama tuala wanita yang digunakan semasa datang haid atau sebagai pelapik pakaian dalam.Pensyarah bebas kolej kejururawatan, Sharifah Hasnah Syed Mohd. Zain berkata, tuala wanita umpama rakan karib bagi wanita. Walaupun ia sebagai penyelamat kepada wanita daripada kebocoran semasa haid atau lelehan keputihan yang keterlaluan, ia sebenarnya boleh memudaratkan secara diam sekiranya menggunakan tuala wanita yang bermutu rendah.''Ini kerana jika menggunakan tuala wanita yang bermutu rendah, dalam masa dua jam akan berlaku pembiakan bakteria dengan mudah. "Permukaan lapisan pertama boleh tercemar jika tidak ditukar dalam tempoh lama dan menurut kajian bilangan bakteria bertambah 107 kali pada setiap milimeter persegi.''Antara simptom yang biasa diperoleh oleh wanita yang menggunakan tuala wanita yang berkualiti rendah ialah seperti lelehan keputihan, senggugut, kegatalan atau jangkitan pada luar dan dalam vagina, keradangan serviks, panas badan, sakit di bahagian abdomen dan masalah kulit. ''Keadaan ini jika dibiarkan boleh menyebabkan seseorang diserang pelbagai penyakit serius yang lain seperti kanser serviks, kehilangan rahim, kesukaran mendapat zuriat dan boleh membawa maut





Thursday, June 25, 2009

raye 2008







raya tahun 2008..masa ni faiz baru 10 bulan..1st raye sebagai seorg ibu, last year dah jd ibu tapi baby tak kuar lagi

gambar2 faiz aiman







ni adalah gambar2 faiz aiman selepas beberapa jam dilahirkan..gambar ni diambil oleh ayahnye...ku sgt rasa gumbira walaupun penat..ku mengalami contraction selama 20 jam...faiz dilahirkan pada 6/1/2008, pukul 7.58 malam. lepas lahir, ku kena jahit selama sejam then pukul 10 baru ku masuk wad. mmlm tu, ku kena tukar pad, dan hampir2 pitam. nasib baik suamiku ader memapahku, dia pun cemas.nasib baik juga ku cepat sedar..




facial di natural beauty

askm..isk3x..ku ader satu citer ni...tapi tak besh cket...kwn2 penah tak dgr pusat kecantikan natural beauty...ku tak tau kat negeri lain ada ke tak..tapi kat johor ni byk..kat bbu, kat angsana, masai, tmn rinting...staff dia sumernyer chinese..oo.ok..berbalik pd natural beauty td..ku rasa diorg punyer marketing strategy agak menjengkelkan diriku..ala2 memaksa gitu...bayangkanlah..ku tgh wat facial yg basic..yg RM 41 tu, then dia promote mcm2 kat diriku..ku ckp proceed jelah dgn seterusnya, dia pujuk2 lg smpai setengah jam! bayngkanlah..last2 ku amik jugak promosi tu sbb malas nak tggu lamer2 kat ctu..lgpun ku pegi dgn kawan2ku..ku tak nak diorg tggu..ku rasa ader yg tak kena ni..ku ank ajukn perkara ni tp tak tau kat sape..ku nak advice pada sesape yg nak wat facial..jgn tertipu ngan natural beauty...

kalau nak tau lebih lanjut, ni website dia http://www.nbspa.com.my

Thursday, June 18, 2009

helo! helo! testing 1,2,3

assalamualaikum..setelah daku melihat2 blog org lain, alangkah cemburunya rasa di hati ini lalu ku cuba membuat blog ku sendiri. Terasa diri ku ini sudah ketinggalan zaman kerana tak ader blog lg. Lepas ni, bolehlah ku berceloteh ttg diriku dan keluargaku atau apa2 shj yg ada kene mengena dgn diriku. Kalau ada masa, akan ku abadikan segala kejadian yg menarik sbg tatapan diriku sendiri..hehehe...kalau ader kwn2 yg sudi melihat blogku, silakan.....